KAJANG, 11 JULAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menyampaikan sumbangan segera RM100,000 kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang susulan insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik pejabat sekolah itu, awal pagi Khamis.